Categories
Selebriti Terkini

Artis Malaysia Pertama Menang Anugerah Golden Globes

Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah apabila menjadi artis pertama kelahiran Ipoh, Perak memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem (Muzikal/Komedi) di Anugerah Golden Globe ke-80.

Michelle Yeoh memenangi anugerah tersebut menerusi filem “Everything Everywhere All At Once” sekaligus mengalahkan finalis lain termasuk Margot Robbie (Babylonn) , Anya Taylor-Joy (The Menu) , Emma Thompson (Good Luck To You, Leo Grande) dan  Lesley Manville (Mrs Hariss Goes To Paris).

Categories
Selebriti Terkini

Lepaskan Saya .. Saya Tak Rela Dimadu – Puteri Sarah

Selepas Syamsul Yusof memuat naik gambar kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar di akaun Istagramnya dengan kapsyen:

”Selamat pagi. Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,”

Kini giliran Puteri Sarah pula membuat hantaran ringkas di akaun Istagram miliknya yang ditujukan kepada Syamsul Yusof.

“saya minta lepaskan saya kerana awak masih gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta awak adalah seorang suami yang toxic dan narcissistic.”

Sama-sama kita doakan yang baik2 untuk semua.

Categories
Selebriti Terkini

Ira Kazar Sah Isteri Kedua Syamsul Yusof

Desas-desus pernikahan antara Syamsul Yusof dan Ira Kazar akhirnya terjawab apabila Syamsul sendiri mengumumkan perkahwinan mereka telah dilaksanakan di Thailand hari ini.

“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan”

Pengumuman tersebut dibuat menerusi rakaman video di akaun Istagram miliknya. Ujarnya juga mengharapkan Puteri Sarah untuk pulang ke rumah berbincang tanpa perlu menghebahkan di laman sosial.

“Saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

“Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,”

Categories
Selebriti Sukan Terkini

Ronaldo Sertai Kelab Arab dengan Bayaran 200 Juta Euro Setahun

Bintang terkenal bola sepak dunia, Cristiana Ronaldo mengumumkan menyertai Kelab Bola Sepak Arab Saudi, Al Nassr dengan bayaran gaji 200 Juta Euro setahun bersamaan RM945 Juta.

Pengumuman tersebut dibuat di akaun Instagram Al Nassr. Kontrak perjanjian Cristiana Ronaldo bersama kelab Al Nassr sehingga Jun 2025.

 

Categories
Selebriti Terkini

Bawa Pulang RM100 000, Jaclyn Victor Juara GV9

Selama 10 minggu berlangsungnya Gegar Vaganza Musim Ke-9, Jaclyn Victor akhirnya dinobatkan sebagai juara megalahkan lima peserta yang lain sekaligus membawa pulang wang tunai benilai RM100,000 serta percutian ke Paris.

Bob Yusuf memenangi tempat kedua dan diikuti Shila Hamzah di tempat ketiga. Seterusnya Tomok dan kumpulan V.E ditempat keempat dan kelima. Hazrul Nizam, bintang dari Singapura memenangi tempat keenam.

Categories
Gaya Hidup Selebriti Terkini Viral

Hero Malaysia “Abang Viva” selamat bergelar Suami

Terkenal dengan Hero Malaysia, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva, selamat bergelar suami kepada Evanoza Zakaria pada Jumaat lalu.

Mereka selamat diijabkabulkan di Pejabat Agama Islam Daerah Ayer Keroh, Melaka. Berita ini dikongsikan sendiri oleh Azwan Omar di akaun TiktokNya secara “live stream”.

Semoga rumah tangga mereka berdua kekal sehingga ke akhir hayat.