Search
Close this search box.

Syamsul, Puteri Sarah Sepakat Cerai 18 April Ini

Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, menetapkan prosiding kes lafaz cerai pengarah, Syamsul Yusof terhadap isterinya, Puteri Sarah pada 18 April ini.

Ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas berhubung status Jawatankuasa Pendamai (JKP), peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah, 38, berkata, Syamsul dan Puteri Sarah, telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman.

Puteri Sarah ketika ditemui media pada pagi Isnin sempat memberitahu bakal membawa haluan masing-masing.

Doakan yang baik-baik. Semoga semuanya selesai. Kami boleh mengikut haluan masing-masing.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories