Search
Close this search box.

Dewan Dah Tempah, Shuib & Watie Nikah Jun Ini

Pelawak, Shuib mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Watie Hanifiah pada Jun depan.

Jelas Shuib, persiapan perkahwinannya dengan ahli perniagaan itu sudah memasuki 30 peratus dan telah menempah dewan untuk majlis perkahwinan nanti.

Majlis perkahwinan ini sederhana kerana ia perkahwinan kali kedua bagi saya tapi meriah kerana saya juga memikirkan ia kali pertama buat Watie. Apa yang penting, semua orang terutama keluarga kedua belah pihak gembira dengan perkahwinan ini.

Bakal melangsungkan perkahwinan buat kali kedua, Shuib mengakui sedikit berdebar namun percaya Watie bakal menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya.

Arwah Sarah memang tiada gantinya tapi saya percaya, Watie boleh menjadi ibu yang baik untuk anak-anak kerana dia ada 20 peratus ciri-ciri seperti arwah.

Bagi Shuib apa yang paling penting ialah hubungan mereka direstui keluarga kedua belah pihak terutama ibu, Salamiah Jalani.

Sumber: Harian Metro

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories