Search
Close this search box.

Diana Danielle Minta Cerai, Farid Kamil Enggan Ulas Punca Rumah Tangga Retak

Pelakon, Diana Danielle dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap Farid Kamil pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan cerai disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pagi ini. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana sebelum Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Menerusi laporan Harian Metro, Farid enggan melafazkan talak kerana masih menyayangi Diana dan keluarga.

Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah. Saya masih sayangkan Diana dan tentunya, dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora.

Ditanya punca kepada keretakan rumah tangga yang dibina sejak 2012 itu, Farid meminta wartawan mengajukan pertanyaan tersebut kepada Diana.

Sumber: Harian Metro

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories