Search
Close this search box.

Syamsul Yusof Enggan Cerai Puteri Sarah, Mahkamah Arah Lantik Jawatan Kuasa Pendamai

Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa.

Menerusi laporan Sinar Harian, Syamsul Yusof atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, selaku defendan berkata demikian ketika prosiding di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas dengan dihadiri peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku plaintif.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Sementara itu Harian Metro melaporkan Puteri Sarah Liyana mengemukakan bukti baharu mendakwa dirinya pernah dipukul oleh suaminya, Syamsul Yusof pada 2020 hingga menyebabkan dia keluar dari rumah.

Puteri Sarah berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas ketika prosiding tuntutan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Puteri Sarah berkata, bukti baharu itu dikemukakan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadapnya hari ini.

Sebolehnya saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian itu,  tapi disebabkan Syamsul tidak mahu melepaskan saya maka saya dedahkan kepada mahkamah.

Sebelum ini saya bertindak berdiam diri kerana masih menyimpan rasa sayang. Tambah pula, bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories