Search
Close this search box.

Michelle Yeoh Anak Malaysia Pertama Genggam Oscar

Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia dan wanita Asia pertama merangkul trofi Anugerah Akademi atau Oscar ke-95 di Teater Dolby di Los Angeles hari ini.

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu mengungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan cemerlang sebagai Evelyn Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Untuk budak-budak kecil di luar sana yang kelihatan seperti saya menonton sekarang, ini adalah bukti impian memang boleh jadi nyata. Buat kalian wanita, jangan biar sesiapa beritahu anda dah melepasi zaman muda ‘prime’ anda. Jangan pernah mengalah.

Filem arahan Daniel Kwan and Daniel Scheinert itu berkisahkan seorang wanita imigran yang penat dan tidak dapat menyelesaikan isu cukai.

Kemenangan Michelle tersebut sekali gus menewaskan pesaing lain seperti Cate Blanchett, Andrea Riseborough, Ana De Armas dan Michelle Williams.

Academy Awards ke-95 berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, California, Amerika Syarikat dan diacarakan oleh hos, Jimmy Kimmel.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories