Search
Close this search box.

Amelia Henderson Kena Bayar A Aida Lebih RM200,000

Pelakon, Amelia Henderson diarah membayar lebih RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen Sivil hari ini kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.

Hakim, Zulqarnain Hassan juga memutuskan supaya pelakon itu atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, 28, memohon maaf dan memadam video di Instagram mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan saman dikemukakan syarikat terbabit terhadap Amelia berhubung isu kontrak sebuah drama, Sekali Lagi Cinta Kembali, tahun lalu.

Ketika perbicaraan, pengurus produksi A Aida Production, Fazeyla Ahmad, 42, memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.

Namun, Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika menerima tawaran untuk membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories