Anak Tertumpah Pengilat Kuku, Tomok Lega Berjaya Jual Semula Semua Pakaian

Penyanyi popular, Tomok terpaksa membayar hampir RM6,000 di sebuah butik pakaian berjenama apabila anaknya secara tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar.

Menurut Tomok, anaknya tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satunya berharga RM1,299 dan baju berharga RM899 dan RM499.

Tomok bagaimanapun mengakui akan kesilapan yang dilakukan oleh anaknya dan dengan rela hati membayar semua pakaian yang terkena pengilat kuku tersebut.

Tomok berkata, dia akan menjual pakaian itu kerana saiznya terlalu besar untuk dia dan memohon orang ramai yang berminat untuk membelinya. Seluar jeans bakal dijual semula pada harga RM800, manakala baju dikurangkan kepada RM300 sahaja.

Terbaru, Tomok memaklumkan semua pakaian tersebut telah pun berjaya dijual semula.

Dah sold out guys!!! Terima kasih

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories