Search
Close this search box.

SplashMania Waterpark Kini Dibuka Sepenuhnya

SplashMania Waterpark, kini dibuka secara rasmi kepada pengunjung. Ianya dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama dengan Pengerusi Gamuda, Tan Sri Ambrin Buang.

Berkeluasan 18 hektar yang terletak dia Gamuda Cove, Hulu Langat; SplashMania Waterpark menawarkan 39 tarikan termasuk 24 gelongsor air bersama dengan 15 tarikan lain. Bertemakan “Where Nature Meets Fun”, 70% daripada kawasan taman tema ini dikhaskan untuk pokok-pokok serta tumbuhan asli.

SplashMania Waterpark menjadi taman tema pertama di Malaysia memperkenalkan Gelongsor Air Realiti Maya, Atlantis VR dimana pengunjung akan memakai set kepala realiti maya sambil menikmati gelongsor air. Selain itu, terdapat dua tarikan baru iaitu Monsta dan Twista.

Sesiapa yang ingin merasakan sendiri keseronokannya, tiket boleh dibeli secara terus di kaunter atau secara atas talian di www.glplay.com.my

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories