Search
Close this search box.

Lotus’s Malaysia Tawar Diskaun 50% Untuk 3,600 Barang

PELANGGAN Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) berpeluang untuk menyambut Ramadan dan juga Aidilfitri dengan penjimatan hebat sehingga 50 peratus untuk kira-kira 3,600 jenis barangan keperluan.

Promosi, ganjaran dan aktiviti di bawah tema Sama-Sama Riang Berganda itu dapat dinikmati oleh pelanggan bermula 29 Februari sehingga 24 April ini.

Pengarah Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel berkata, 22 cawangan Lotus’s akan mengadakan bazar dalam stor peruncit itu yang diperkenalkan sebagai Raya World.

Katanya, Hari Raya Aidilfitri satu perayaan terbesar di seluruh Malaysia dan kemeriahannya boleh dirasai semasa bulan puasa lagi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories