Search
Close this search box.

Maxis Perkenal Pelan 5G Home WiFi Serba Baharu, Bermula RM69

Maxis memperkenalkan pelan 5G Home WiFi serba baharu yang menyediakan aksesibiliti 5G tanpa had untuk kediaman di seluruh negara.

Pelan baharu ini menyediakan kelajuan mirip fiber di rumah secara wayarles tanpa penggerudian atau pemasangan.

Bermula daripada kadar yang berpatutan sebanyak RM69, pelanggan kini boleh ‘plug dan play’ untuk menikmati WiFi 5G dengan segera.

Ketua Pengguna Maxis di Maxis, Arjun Varma berkata, pihaknya berasa sukacita di atas pengenalan pelan-pelan baharu 5G Home WiFi di mana ia membolehkan pelanggan untuk ‘plug and play’ bagi menikmati 5G dengan lebih nilai tanpa kerisauan.

“Pelanggan kini boleh menstrim video, melayari internet, bekerja dan juga bermain permainan dalam talian dari rumah dengan ketersambungan yang boleh dipercayai di mana-mana jua merentas rangkaian Maxis di seluruh negara.

“Dengan kemudahan ‘plug and play’, pengguna boleh segera menikmati WiFi 5G di kediaman mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Arjun berkata, pelanggan mempunyai tiga pilihan, iaitu Maxis 5G Home WiFi 69, Maxis 5G Home WiFi 99 dan Maxis 5G Home WiFi 139.

Katanya, dengan pilihan pelan Maxis 5G Home WiFi 99 dan juga 139, pelanggan Maxis boleh segera menikmati data 5G tanpa had dan kelajuan 5G, dengan penghala 5G percuma yang terbaik dalam kelasnya.

“Penghala premium ini boleh didapati secara opsyenal melalui kontrak bertempoh 24 bulan dan boleh disambungkan kepada sebanyak 30 peranti serentak.

“Sebagai alternatif, pelanggan Maxis juga boleh memilih untuk menggunakan pelan modul identiti pelanggan (SIM) sahaja, bermula daripada RM69,” katanya.

Tambahnya, beliau berkata, pas data pilihan tambahan ditawarkan pada harga RM15 untuk 10GB (4G/5G) dan adalah sah untuk tempoh 30 hari di mana kesemua pelan ini menyediakan data sandaran 4G tambahan sebanyak 30GB.

“Pengguna semasa Maxis Home WiFi yang berminat untuk menikmati pengalaman 5G juga boleh menaik taraf pakej mereka melalui aplikasi Maxis atau menghubungi talian 123,” katanya.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories