Search
Close this search box.

Skyline Luge KL Perkenal Night Luge, Waktu Operasi Hujung Minggu Dilanjutkan Sehingga 10 Malam

Skyline Luge Kuala Lumpur (Skyline Luge KL) bakal bertukar menjadi satu pengembaraan yang dipacu graviti melalui pelancaran Night Luge dan beberapa penambahbaikan di taman tema tersebut.

Skyline Luge KL dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang antara 10 Februari hingga 10 Mac 2024. Waktu operasi bakal dilanjutkan sehingga 10:00 malam setiap hari Jumaat hingga Ahad. Bersedialah untuk memecut melalui selekoh tajam serta terowong dan cerun yang mendebarkan, sambil disirami lampu LED berwarna hijau, oren, biru dan merah jambu yang memukau! Ia menjanjikan pengalaman yang menjana adrenalin, lebih-lebih lagi apabila Skyline Luge KL juga menempatkan terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline.

Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah sistem tiket dalam talian yang teratur dengan slot masa (setiap jam). Justeru, tetamu boleh menempah tiket mereka lebih awal tanpa perlu beratur panjang.Tetamu yang menempah tiket dalam talian akan dibenarkan akses terus ke kawasan beratur Skyride mengikuti slot masa masing-masing, tanpa perlu beratur di kaunter. Anda hanya perlu menunjukkan e-tiket yang sah untuk menyertai barisan masuk. Setiap slot masa mempunyai kapasiti tetamu yang ditetapkan. Dapatkan slot pilihan anda dengan menempah tiket terlebih dahulu di laman web kami dan menikmati diskaun 5% untuk tiket anda!

Papan tanda baharu yang jelas. Seiring dengan projek penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan secara berperingkat, papan tanda baharu juga diletakkan di seluruh taman tema bagi memudahkan tetamu kali pertama serta tetamu lama menerokai taman tema kami dengan mudah. Bagi memberikan tetamu pengalaman beratur yang lebih nyaman dan selesa, kawasan teduhan baharu telah ditambah di seluruh taman tema.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Luge dan mencipta memori indah di Skyline Luge Kuala Lumpur bersama rakan dan keluarga dengan menempah tiket secara dalam talian sekarang!

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories