Search
Close this search box.

ZUS Coffee Lanjut Operasi Sehingga 1.45 Pagi Sempena Ramadan

Bermula 12 Mac hingga 9 April 2024, ZUS Coffee melanjutkan waktu operasi di beberapa cawangan fizikalnya sehingga 10.45 malam, 11.45 malam dan 1.45 pagi sempena Ramadan.

Menerusi perkongsian di Facebook, sebanyak 82 cawangan seluruh negara bakal beroperasi sehingga 1.45 pagi bagi memberi peluang kepada orang ramai menikmati keenakan ZUS Coffee pada lewat malam.

Selain itu ZUS Coffee turut menawarkan sampul raya percuma dengan setiap pembelian dua cawan air bermula 11 Mac hingga 7 April 2024.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories