Categories
Sukan

Harimau Malaya Akhiri 42 Tahun Kemarau Piala Asia !

Detik bersejarah pasukan bolasepak Malaysia tercipta harini setelah berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit. Penantian selama 42 tahun berakhir hari ini. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia pada tahun 2007 selaku tuan rumah pada waktu itu.

Harimau Malaya beraksi cemerlang dengan menewaskan Bangladesh dengan jaringan 4-1 . Gol pertama Malaysia diperoleh hasil dari sepakan penalti yang disempurnakan oleh Safawi Rashid pada minit ke 16. Anak buah Kim Pan Gon terus mengasak dengan cubaan demi cubaan tepat ke pintu gol. Namun, ketangkasan penjaga gawang Bangladesh, Anisur Rahman berjaya menyelamatkan keadaan.

Malaysia ke layak ke Piala Asia!!!!

Categories
Gaya Hidup Terkini Viral

PECAH REKOD LAGI!! Mat Kilau kutip 47 Juta tewaskan Munafik 2

Filem Mat Kilau yang sedang hangat diperkatakan ketika ini terus mencipta fenomena baru dalam industri seni tanah air. Manakan tidak, filem berdasarkan pahlawan melayu, berlatar masa lama telah berjaya menarik perhatian penonton ke pawagam.

Jelas filem ini sangat berkualiti dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Filem yang diarahkan Syamsul Yusof dan dibintangi pelakon hebat seperti Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Ashari Yayan Ruhian berjaya meraih kutipan RM47 juta selepas sebelas hari ditayangkan dan seteresunya menewaskan rekod peribadi Syamsul sebelum ini iaitu Munafik 2

Rata-rata penonton sangat berpuas hati serta gembira dengan Filem Mat Kilau.

 

Categories
Selera

Resepi Creamy Cheezy Butter Prawn Sedap, Viral Lebih 100 Ribu Share. Jom buat!

Sebut je Butter Prawn pasti ramai terliur dengan hidangan enak dan sedap tu. Rasa lemak cukup buat tambah nasi banyak kali, cuma tak ramai yang pandai buat butter prawn sedap macam dekat kedai. Pengguna facebook Suzana Othman berkongsi resepi Creamy Cheezy Butter Prawn mudah dan mudah. Resepi ini tular sehingga mendapat lebih 100 000 share. Wow!
Bahan-Bahan

Creamy Cheezy Sause
  • 4ulas bawang putih-cincang
  • Cili api ikut kepedasan-potong
  • 4tangkai daun kari
  • Butter
  • 1tin susu cair
  • 4 keping keju
  • 1sk serbuk pati ayam
  • 1sk gula
  • 1sk serbuk lada sulah
Cara-Caranya

Bersihkan 1kg udang. Lumurkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Tambahkan 1senduk tepung goreng ayam bestari. Letak air sedikit dan gaul rata.

Goreng udang dalam minyak yg cukup panas. Tos dan ketepikan

Panaskan sedikit minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga layu. Masukkan daun kari dan cili.

Tambahkan 1tin susu cair, gula, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah. Tak perlu tambah garam. Masukkan kepingan cheese. Kita guna cheese jenama Emborg

Apabila dah menggelegak, masukkan udang. aul sebentar hingga udang bersalut dgn sauce. Tutup api.

Dalam mangkuk lain, pukul 4butir kuning telur. Panaskan minyak dan setengah biji butter. Bila dah panas, perlahankan api. Gunakan senduk macam dalam gamba

Angkat mangkuk tinggi², tuang telur perlahan-lahan dan kacau telur laju² membentuk bulatan. Kacau laju² tau. Tak laju tak halus nanti

Masak sebentar hingga minyak mengeluarkan buih. Bila dah berbuih, tutup api. Toskan minyak dalam jaring besi macam ni. Nak guna tapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan² telur guna senduk tadi supaya minyak turun ke bawah.

Susun udang dalam pinggan, kemudian taburkan telur di atasnya. Siap untuk disajikan. Selamat Mencuba..

Categories
Berita

PM Umum MRT, LRT, BRT, Monorel dan bas RapidKL FREE sebulan bermula hari ini!

Kuala Lumpur: Perkhidmatan pengangkutan awam kendalian RapidKL iaitu Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), monorel dan bas RapidKL ditawarkan secara percuma kepada Keluarga Malaysia selama sebulan, mulai hari ini.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, hari ini.

Menurutnya, pemberian perkhidmatan percuma itu diharap dapat meringankan beban kos sara rakyat.

“Ramai yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, jadi perkhidmatan percuma semua pengangkutan kendalian RapidKL boleh membantu meringankan beban.Pemberian perkhidmatan percuma ini diberikan selama sebulan mulai hari ini,” katanya.

Categories
Berita

Masjid Al-Ansar ‘Persinggahan’ Terakhir Jenazah Arwah Adibah Noor Pagi Ini

Semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi dan pelakon terkenal tanah air negara, Adibah Noor akibat kanser ovari tahap empat.

Difahamkan jenazah arwah telah dibawa ke Masjid-Al Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur pagi ini untuk proses dimandikan dan pengebumian.

Sementara itu, pengurusan Masjid-Al Ansar turut menganjurkan bacaan Yassin untuk pemergian Allahyarhamah sekitar jam 9.30 pagi tadi.

 

Categories
Kewangan Selera Travel

Wanita Maut Dipijak Gajah, Mayat Dihempap Oleh Gajah Sama Ketika Di Majlis Pengebumian

Seorang wanita berusia 70 tahun dilaporkan maut selepas dipijak oleh seekor gajah dan kemudian mayatnya dihempap oleh haiwan yang sama ketika di majlis pengebumiannya.

Memetik laporan Daily Mail, wanita tersebut diserang oleh gajah itu ketika sedang mengambil air dalam kejadian di kampung Raipal, India Timur pada Khamis lalu.

Mendiang kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital selepas mengalami beberapa kecederaan akibat dipijak oleh gajah itu.

Pegawai polis Rasgovindpur, Lopamudra Nayak berkata haiwan tersebut datang semula ke majlis pengebumian wanita itu pada waktu petang.

Ia dipercayai memijak dan menghempap mayat wanita itu untuk kali kedua ketika upacara terakhir pengebumian sedang berlangsung.