Search
Close this search box.

SNBJ Boleh Digunakan Secara Percuma Untuk Hari Sukan Sekolah

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini mengumumkan bahawa pihak sekolah boleh menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ) secara Percuma untuk acara yang melibatkan sukan bermula Oktober 2023.

Terdahulu, SBNJ hanya digunakan sebagai venue rasmi penganjuran konsert dan perlawanan bola sepak bagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

Inisiatif ini adalah bersempena dengan Ulang Tahun ke-25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC) dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan memberi kemudahan kepada pihak sekolah untuk menganjurkan hari sukan secara percuma untuk tempoh dua tahun.

“Ini selaras dengan pengumuman sebelum ini bahawa kita nak fokus olahraga sebagai satu sukan pembangunan akar umbi di peringkat sekolah. Saya mahu murid rasai pengalaman berlari 100 meter di SNBJ kerana ia mungkin beri inspirasi kepada mereka untuk menjadi atlet,”

PSM juga memberi tawaran penggunaan secara percuma dua venue lain iaitu Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Bukit Kiara kepada pihak sekolah.

sumber Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories