Menongkah arus di dalam inovasi makanan, Domino’s Pizza Enterprises Ltd (Domino’s) memperkenalkan cetusan terkini, dua burger pada dalam piza. Pernah terfikir bagaimana rupa atau rasanya? Kini peluang anda untuk nikmatinya sendiri dengan pelancaran Double Cheeseburger Pizza yang baharu. Dipenuhi dengan kepingan patti daging lembu sebagai topping dan juga dijadikan inti dibakar dalam kerak ban burger, kini yang pertama seumpamanya bagi dua burger dalam satu piza boleh didapati secara ekslusif di Domino’s.
Double Cheeseburger Pizzamenampilkan kerak ban burger berinti patti daging yang disaluti keju cheddar cair, menjadikan setiap gigitan daripada kerak pengalaman seperti memakan burger yang sebenar. Di atasnya, piza ditambah dengan satu lagi lapisan patti daging enak, bersama dengan bawang, jeruk, dan sos burger khas Domino’s yang pertama untuk melengkapkan rasa burger keju klasik. Piza yang menarik ini terdapat dalam pelbagai perisa, termasuk Double Beef Cheeseburger Pizza (dengan kerak ban burger) dan Double Chicken Cheeseburger Pizza (dengan kerak ban burger). Pelanggan juga boleh memilih untuk menikmati piza ini tanpa kerak ban burger. Untuk menambahkan lagi kelazatan, pelanggan boleh menambah hirisan daging salai untuk rasa yang lebih nikmat!
Dan apalah hidangan burger tanpa kentang goreng yang lazat sebagai sampingan? Untuk melengkapkan hidangan, Domino’s juga memperkenalkan Loaded Cheeseburger Crispy Fries, dihiasi dengan topping patti daging lembu, sos mayo berkrim dan sos burger istimewa. Bagi mereka yang mencari pilihan yang lebih ringkas boleh memilih Crispy Fries, yang ditaburi dengan garam piza khas Domino’s untuk cuitan rasa keseimbangan sempurna tekstur gebu dan rangup.
Untuk meraikan tawaran baharu yang menarik ini, Domino’s menganjurkan acara istimewa di mana wakil media dan pempengaruh media sosial menjadi antara yang pertama merasai Double Cheeseburger Pizza. Para hadirin dipersembahkan dengan demonstrasi membuat piza secara langsung oleh pasukan Fastest Team Pizza Maker yang diiktiraf terpantas di Domino’s Malaysia, yang baru-baru ini telah bertanding dalam pertandingan berprestij.
Semasa demonstrasi tersebut, mereka menunjukkan keseluruhan proses pembuatan piza dan bagaimana Domino’s menghasilkan “dua burger dalam satu piza”. Menggunakan bahan-bahan berkualiti seperti patti daging lembu yang empuk dan hirisan keju cheddar cair, kerak ban burger yang unik, demonstrasi itu menyerlahkan lagi ketelitian dan ketepatan yang dilakukan dalam setiap langkah membuat Double Cheeseburger Pizza. Selain itu, acara ini juga mempamerkan kepantasan dan kecekapan Domino’s yang tidak asing lagi, menunjukkan betapa cepatnya piza dibuat tanpa menjejaskan kualiti.
Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja berkata, “Di Domino’s, kami bekerja keras untuk menyampaikan apa yang digemari rakyat Malaysia, dan jelas bahawa burger adalah sebahagian besar daripadanya tidak kisah sama ada burger jalanan atau burger di restoran. Walaupun kami terkenal dengan kepakaran menghasilkan pizza yang lazat, ini tidak bermakna kami tidak boleh menyajikan burger yang hebat juga! Kini, kedua-dua pencinta piza dan burger boleh menikmati kedua-dua hidangan ini bersama-sama dan inilah yang Domino’s maksudkan dengan memberikan orang ramai pengalaman menikmati hidangan yang lazat. Selain itu, nantikan kemunculan The Double – Toppy dan Rak Rak! Jika anda terlihat kedua-dua ini di jalanan, tegurlah mereka dan anda mungkin berpeluang untuk merasai Double Cheeseburger Pizza secara percuma!
Sempena pelancaran ini juga, Domino’s memperkenalkan The Double – Toppy dan Rak Rak sebagai persona lincah hasil gabungan piza dan burger. Pada 9 November, nantikan kemunculan The Double kerana mereka akan berlegar-legar di sekitar Bukit Bintang untuk memberikan sampel percuma untuk orang ramai mencubanya.
Double Cheeseburger Pizza ini boleh didapati dalam saiz Biasa dan Besar. Untuk nilai terbaik, pelanggan boleh menikmati diskaun 40% untuk Double Cheeseburger Pizza pada bila-bila masa! Selain itu, pelanggan boleh memesan Crispy Fries dan Loaded Cheeseburger Crispy Fries sebagai menu tambahan untuk melengkapi hidangan mereka masing-masing pada harga RM6.50 dan RM15.90. Kedua-dua Double Cheeseburger Pizza dan Loaded Cheeseburger Crispy Fries boleh didapati di semua stor Domino’s Pizza untuk masa yang terhad sahaja, bermula 22 Oktober 2024. Kunjungi stor Domino’s terdekat anda atau pesan secara dalam talian di www.dominos.com.my atau pada Aplikasi Domino’s. Untuk maklumat lanjut tentang menu ini dan promosi semasa, sila lawati laman web Domino’s.