TCL Smart Device (Malaysia) Sdn. Bhd akan mengadakan acara Pelancaran Produk Baharu TCL 2025 bertempat di MyTOWN Shopping Center (Ground Floor, Main Concourse) bermula 15 hingga 18 Mei 2025. Menerusi acara eksklusif ini, beberapa produk terbaru seperti televisyen QD-Mini LED terkini, penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh serta ekosistem rumah pintar berkuasa AI bakal dipertontonkan sekali gus mengukuhkan kedudukan TCL sebagai peneraju gaya hidup yang lebih pintar dan sihat di Malaysia.
Jika korang sedang merancang untuk memiliki produk elektronik serba baharu dengan teknologi terkini, inilah masa yang paling sesuai! Antara produk yang paling menarik perhatian ialah penyaman udara FreshIN 3.0 yang direka untuk memberikan udara yang lebih bersih, prestasi yang lebih pintar, dan keselesaan yang lebih senyap.

Berikut merupakan ciri-ciri istimewa FreshIN 3.0:
Kawalan Suara Tanpa Talian

Salah satu ciri menarik yang terdapat pada FreshIN 3.0 ialah Kawalan Suara Tanpa Talian. Bayangkan, korang nak hidupkan penyaman udara tanpa perlu sentuh, tanpa perlu guna alat kawalan jauh dan tak perlu bangun dari tempat duduk! Guna arahan suara je! Lebih menarik, semua fungsi ini boleh digunakan walaupun tanpa sambungan internet. Serasi dengan Google Home dan Alexa, fungsi ini menawarkan integrasi rumah pintar yang lancar.
Sistem Penapis Quadrupuri
Bagi memastikan kualiti udara di dalam rumah sentiasa segar dan bebas daripada bakteria, FreshIN 3.0 dilengkapi dengan Sistem Penapis Quadrupuri yang canggih. Empat penapis digunakan iaitu penapis pendahulu, lapisan ion perak, Penapis HEPA Kecekapan Tinggi, dan penapis berkepekatan tinggi yang mempunyai fungsi berbeza iaitu menghapuskan habuk, alergen dan bakteria. Malah udara luar yang tercemar bakal melalui proses penapisan dan ditulenkan menjadi udara segar!
Pengurusan tenaga berkuasa T-AI

Unggul dalam aliran udara besar
Selain itu, FreshIN 3.0 sememangnya unggul dalam aliran udara besar. Penyaman udara serba baharu daripada TCL ini boleh mengalirkan sehingga 970 meter padu sejam dengan hanya 1HP, berbanding dengan 600 meter padu yang biasa. Kipas sentrifugal 108mm yang berkuasa memastikan aliran udara yang kuat dan konsisten.
Kualiti Udara Boleh Dilihat
Lain dari yang lain, FreshIN 3.0 dilengkapi dengan ciri Kualiti Udara Boleh Dilihat yang membolehkan pengguna mengetahui tahap kualiti udara dalam rumah secara serta-merta menerusi kod warna yang dipaparkan. Tiga kod warna yang ada ialah Biru (Bagus), Kuning (Seimbang) dan Oren (Tidak Sihat). Kod warna yang dipaparkan memudahkan korang untuk menilai sama ada kualiti udara di dalam bilik berada pada tahap yang optimum.

FreshIN 3.0 hadir Teknologi Gentle Breeze yang dilengkapi 1,222 lubang-mikro yang berfungsi menyebarkan aliran udara dengan lembut untuk mengelakkan tiupan angin yang terlalu kuat. Sementara itu, Sistem Pengurangan Bunyi Empat Kali Ganda menghasilkan aliran udara segar yang senyap pada tahap hanya 16dB apabila penyaman udara beroperasi dalam mod aliran udara segar kelajuan rendah secara bebas. Kalau nak berehat atau nak tidur memang takkan terganggu langsung!
Macam mana? Menarikkan ciri-ciri yang ada pada penyaman udara FreshIN 3.0 daripada TCL ini? Kalau korang sedang merancang untuk memiliki penyaman udara yang serba moden, kena dapatkan FreshIN 3.0 sekarang! Jangan lupa kunjungi acara jelajah yang berlangsung di MyTOWN Shopping Center (Ground Floor, Main Concourse) untuk lihat dengan lebih dekat barisan produk terkini daripada TCL.
Dengan setiap pembelian produk di acara ini, pengunjung berpeluang menyertai Pertandingan Interaktif bagi mendapatkan Beg TikTok/Montigo/Baju Polo, memenangi Voucher bernilai RM300 atau bawa pulang Penghawa Dingin Mudah Alih.

Tunggu apa lagi, jom luangkan masa hujung minggu korang di acara Pelancaran Produk Baharu TCL 2025.
Lawati FB Page TCL Electronics untuk mengetahui dengan lanjut tentang produk, promosi dan perkembangan terkini. Beli produk TCL secara atas talian di Shopee dan Lazada.
Discover 2025 TCL Product Launch:
Date: 15-18 Mei 2025
Location: MyTOWN Shopping Centre (Ground Floor)









