Azwan Ali Tak Setuju Cara Mas Idayu Komen Sissy Iman

Azwan Ali menganggap tindakan juri Famili Duo, Mas Idayu yang memberikan komen ‘pedas’ kepada Sissy Iman sebagai keterlaluan dan tidak wajar.

Memandangkan program tersebut disiarkan secara langsung, Azwan berpendapat juri perlu menapis terlebih dahulu kata-kata yang ingin diucapkan.

“Perlu ada batas apabila nak mengamuk atau menghentam peserta. Mas Idayu berhak menegur tetapi ada cara yang lebih baik, berlapik dan beretika sebagai tanda sayang kepada peserta.”

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Azwan juga mengingatkan pihak produksi supaya tidak mencari jalan singkat dengan cara yang keterlaluan untuk mencipta sensasi.

“Pada pihak produksi pula jadikan peristiwa ini sebagai iktibar. Tidak kisahlah nak cipta drama atau kejar rating, jangan gunakan kerusi juri untuk mengeruhkan lagi keadaan serta hormat peserta yang bertanding.”

Terdahulu, cubaan Sissy Iman bersama Naim Daniel yang membawakan lagu Jampi versi keroncong menerima komes pedas daripada juri tetap, Mas Idayu.

Sumber: Utusan Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post