Search
Close this search box.

MSM Cadang Harga Gula Naik RM1

MSM Malaysia Holding Bhd (MSM) mencadangkan kerajaan menaikkan harga RM2.85 sekilogram untuk gula paket kasar kepada RM3.85 sekilogram selaras dengan kos pengeluaran semakin meningkat.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSM, Hasni Ahmad berkata, buat masa ini syarikat berkenaan beroperasi dalam kerugian apabila harga jualan gula tidak munasabah mengikut kos operasi.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi langkah menaikkan harga sekilogram gula kasar sebanyak RM1.

Menurutnya, gula pada masa ini adalah produk yang dikawal harga oleh kerajaan dan bukannya produk bersubsidi.

“MSM pada masa ini menampung margin keuntungan yang negatif bagi jualan gula runcit dan borong berbanding dengan kos pengeluaran, sekali gus menjadikan harga ketika adalah tidak bersesuaian.

“Kami percaya kerajaan akan menangani isu ini. Langkah ini perlu dibuat kerana kos pengeluaran sudah tidak boleh dikawal atas beberapa faktor antaranya perang di Ukraine, perang di Timur Tengah dan juga kejatuhan nilai matawang ringgit.

“Buat masa ini kami masih menunggu keputusan rasmi berkaitan cadangan kenaikan harga gula kepada RM3.85.

MSM juga berpandangan supaya harga siling gula juga dihapuskan berikutan kos pemprosesan yang semakin meningkat dan tidak dapat dikawal.

Sumber: Harian Metro

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories