Tesla secara rasminya melancarkan kenderaan eletrik (EV) di Malaysia pada 20 Julai yang lalu dengan membawa masuk Model Y sebagai permulaan untuk pasaran Malaysia.
Model Y didatangi dengan tiga jenis varian iaitu Model Y RWD (RM199,00), Model Y Long Range AWD (RM246,000) dan Model Y Perfomanve AWD (RM288,000). Tempahan telah dibuka sejak beberapa minggu lalu di laman sensawang Tesla dengan bayaran deposit sebanyak RM1,000. Kesemua tempahan akan mula diedarkan bermula awal tahun 2024.
Selari dengan pelancaran Model Y, Tesla juga telah memasang 8 SuperCharger di Pavilion KL sebagai permulaan.
Bagi sesiapa yang ingin merasai sendiri teknologi Model Y dengan lebih dekat, anda boleh datang ke Pavilion Kuala Lumpur bermula 21 Julai sehingga 3O Julai bermula 10 pagi – 10 malam.