Honda Lancar Model SUV Baru WR-V, Harga Bermula RM89,900

Honda Malaysia akhirnya melancarkan model kenderaan utiliti sukan(SUV) dalam segmen-A hari ini selepas mula mengambil tempahan awal sebulan lalu.

Honda WR-V (2023) memiliki dimensi panjang 4,060mm, lebar 1,780mm dan tinggi 1,608mm, manakala jarak tinggi bumi 207mm memberikan kelebihan berbanding model pesaing lain.

Dibina berasaskan platform Honda BR-V, SUV itu dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menawarkan kuasa 119hp dan tork 145Nm, manakala sistem transmisi automatik CVT dengan teknologi Shift G-Design.

Bagi varian tertinggi, RS didatangkan dalam gaya sporty dengan lencana rekaan baharu RS, gril depan unik, rim aloi 17 inci dwi-tona dan hendal pintu ala coupe.

Honda WR-V (2023) juga didatangkan dengan ciri cermin sisi boleh lipat automatik, lampu LED penuh untuk lampu utama automatik, lampu kabus, lampu belakang dan lampu signal belok LED jenis sekuensial.

Selain pakej itu, SUV tersebut juga didatangkan dengan ciri Honda LaneWatch bagi meningkatkan keyakinan pemandu ketika memandu atas jalan pelbagai lorong, dan Honda CONNECT untuk akses pelbagai fungsi menggunakan telefon pintar.

Berikut adalah senarai varian dan harga jualan (atas jalan tanpa insurans):

1.5 S – RM89,900
1.5 E – RM95,900
1.5 V – RM99,900
1.5 RS – RM107,900

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories