Search
Close this search box.

Tempahan Toyota Vios 2023 Kini Dibuka, Harga Bermula RM90,000

Penantian peminat automotif tanah air untuk memiliki Toyota Vios 2023 kian menjadi kenyataan apabila tempahan untuk model serba baharu itu kini dibuka.

Menerusi risalah yang tersebar di laman media sosial, Toyota Vios akan dijual pada julat harga antara RM90,000 hingga RM96,000.

Difahamkan model tersebut bakal hadir dengan dua spek sahaja iaitu model asas 1.5e dan model tertinggi 1.5G. Lima warna ditawarkan iaitu Nebula Blue, Platinum White Pearl, Silver, and Attitude Black Mica.

Toyota Vios generasi baharu ini diasaskan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) iaitu platform yang berkait rapat dengan Perodua Ativa, Alza 2022 dan Axia 2023.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories