Search
Close this search box.

Taman Tema Air Splash Mania Tersenarai Tempat Kelima Carian Tertinggi Di Google

Taman Tema Air Splash Mania berkeluasan 6.47 hektar yang terletak di Gamuda Cove tersenarai di tangga kelima senarai carian paling tinggi bagi bulan Februari di Malaysia menerusi Google.

Taman tema air yang menawarkan 39 permainan tarikan termasuk 24 permainan gelongsor itu mula dibuka kepada pengunjung pada 6 Februari.

Tiket-tiket dijual pada harga promosi bermula 6 Februari hingga 31 Mac iaitu RM79 untuk dewasa dan RM63 bagi kanak-kanak.

Selepas tempoh promosi harga tiket akan kembali kepada harga asal iaitu RM125 bagi dewasa, RM95 untuk kanak-kanak, dan percuma untuk kanak-kanak berketinggian 0.9 meter ke bawah.

Sementara itu perlawanan bola sepak dua gergasi, Manchester United menentang Barcelona di Liga Eropah menduduki tempat pertama carian paling kerap bagi bulan Februari.

Berikut Top 10 Hasil Carian Paling Tinggi Malaysia menerusi Google.

  1. Barcelona vs Manchester United / UEFA Europa League*

  2. Liverpool vs Everton

  3. MyJPJ

  4. Happy Valentine’s Day

  5. SplashMania Gamuda Cove

  6. Knock At The Cabin

  7. UEFA Champions League/ Paris Saint-Germain vs Bayern Munich*

  8. Samsung Galaxy S23 Ultra

  9. Israk Mikraj

  10. King Haidar

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories