Search
Close this search box.

Shell Malaysia Lancar Shell FuelSave 95 Baharu, Perjalanan 15 Kilometer Lebih Jauh

Pernah terfikir berapa jauh anda boleh pergi dengan pilihan minyak yang betul? Jangan fikirkan lagi, kerana hari ini Shell Malaysia telah memperkenalkan Shell FuelSave 95 baharu, kini memberikan sehingga 15 kilometer (KM) lebih jauh untuk setiap tangki penuh*A.

Shell merupakan antara peruncit bahan api terbesar di dunia, dengan lebih 45,000 stesen di seluruh dunia, dan dikunjungi kira-kira 30 juta pelanggan setiap hari. Pelancaran Shell FuelSave 95 baharu ini menggambarkan komitmen kami dalam inovasi dan pembangunan produk mobiliti yang lebih baik agar perjalanan kehidupan pelanggan lebih baik. 

Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti, Malaysia, Shell sentiasa berinovasi dan menambah baik tawaran mereka agar pelanggan mendapatkan perjalanan yang terbaik seiring dengan keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

‘Better By Far’ atau ‘Ternyata Lebih Jauh’ merupakan komitmen kami untuk tidak berhenti dan terus berinovasi  dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu. Shell FuelSave 95 baharu kini memberikan sehingga 15KM lebih jauh untuk setiap tangki*A agar pelanggan kami dapat menikmati perjalanan yang lebih jauh tanpa gangguan.

Hasil usaha penyelidikan dan pengujian selama lebih 5 tahun oleh 150 saintis bahan api telah membawa kepada pelancaran bahan api generasi baru ini, yang ternyata lebih baik. Dengan formulasi terkini, Shell FuelSave 95 baharu kini:

  • Memberikan sehingga 15KM lebih jauh dengan setiap tangki, agar anda dapat menikmati perjalanan yang lebih jauh.
  • Pembersihan secara mendalam untuk enjin yang lebih bersih – Shell FuelSave 95 baharu kini dengan teknologi sasaran deposit dapat membersih dengan lebih mendalam berbanding sebelumnya.
  • Perlindungan jauh lebih baik untuk semua jenis enjin – Shell FuelSave 95 baharu melindungi semua jenis enjin daripada hakisan dan pembentukan deposit baru.
  • Dicipta untuk teknologi baharu dan lama – Shell FuelSave 95 baharu melindungi bahagian kritikal enjin sama ada berteknologi lama, baharu atau hibrid.

Sejauh mana 15KM? 15KM lebih jauh merupakan jarak Jambatan Pulau Pinang yang pertama. 15KM lebih jauh adalah seperti kita menyeberangi tambak Johor ke Singapura sebanyak 14 kali atau seperti 35 kali ketinggian Menara KL.







Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories