Isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah dijangkan bakal memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah pada Isnin ini.
Ini susulan beberapa siri kontroversi kisah keretakan rumah tangga selebriti popular tersebut selepas Syamsul Yusof mengumumkan telah berkahwin lain pada minggu lepas.
Perkara tersebut kemudian disahkan oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah. Peguam terbabit turut memberitahu pada ketika ini, hanya permohonan cerai sahaja yang akan difailkan Isnin ini.
Baru-baru ini melalui menerusi coretan di Instagram Syamsul Yusof meminta supaya Puteri Sarah pulang ke rumah bagi berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka yang difahamkan telah berlarutan sejak sekian lama.
Pendedahan tersebut membuatkan isteri pertamanya, Puteri Sarah menarik nafas lega kerana suaminya sudah mengaku berkahwin dua namun memberitahu banyak perkara yang tidak benar didedahkan Syamsul dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.
Sumber: Kosmo