Categories
Selebriti Terkini

Puteri Sarah Bakal Failkan Perceraian Terhadap Syamsul Yusof Isnin Ini

Isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah dijangkan bakal memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah pada Isnin ini.

Ini susulan beberapa siri kontroversi kisah keretakan rumah tangga selebriti popular tersebut selepas Syamsul Yusof mengumumkan telah berkahwin lain pada minggu lepas.

Perkara tersebut kemudian disahkan oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah. Peguam terbabit turut memberitahu pada ketika ini, hanya permohonan cerai sahaja yang akan difailkan Isnin ini.

Baru-baru ini melalui menerusi coretan di Instagram Syamsul Yusof meminta supaya Puteri Sarah pulang ke rumah bagi berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka yang difahamkan telah berlarutan sejak sekian lama.

Pendedahan tersebut membuatkan isteri pertamanya, Puteri Sarah menarik nafas lega kerana suaminya sudah mengaku berkahwin dua namun memberitahu banyak perkara yang tidak benar didedahkan Syamsul dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.

Sumber: Kosmo

Categories
Selera Terkini

Texas Chicken Drive-Thru Di Eco Grandeur, Puncak Alam Kini Dibuka

Texas Chicken Malaysia secara rasmi mengumumkan pembukaan restoran pandu lalu terbaru di Eco Grandeur, Puncak Alam.

Sempena pembukaan, Texas Chicken menawarkan 50 freebies setiap hari istimewa buat 50 pelanggan terawal sehingga 13 Januari 2023.

Texas Chicken Malaysia, antara rantaian restoran makanan segera paling diminati rakyat Malaysia khusus dalam hidangan ayam goreng.

Jadi warga Puncak Alam, ayuh serbu Texas Chicken sekarang!

 

 

 

Categories
Terkini Travel

AirAsia Diiktiraf Antara Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia

AirAsia Aviation Group sekali lagi diiktiraf sebagai salah satu daripada 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia untuk 2023.

AirAsia Malaysia (AK), AirAsia Thailand (FD) dan AirAsia Filipina (Z2) serta syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X Malaysia (D7) dan Thai AirAsia X (XJ) diiktiraf dengan tahap keselamatan dan integriti operasi terhadap COVID-19 secara keseluruhan dengan penilaian 7/7 bintang daripada pakar keselamatan industri penerbangan di airlineratings.com.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia Aviation Group Limited, Bo Lingam, berkata keselamatan adalah faktor penentu utama bagi pengembara dan juga faktor utama yang mempengaruhi reputasi mana-mana syarikat penerbangan, lebih-lebih lagi selepas pandemik.

“Kami terus mengekalkan standard keselamatan tertinggi pada setiap masa dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pakar penerbangan di Airlineratings.com atas pengiktirafan mereka.”

Dalam tempoh sekatan perjalanan pada dua tahun lalu, AirAsia memperkenalkan pelbagai inovasi dan prosedur tanpa sentuhan untuk menjadikan penerbangan lebih lancar dan bersih.

“Semua langkah ini membantu memulihkan keyakinan dalam perjalanan udara dan merangsang pengguna untuk terbang bersama kami.”

Sumber: AirAsia