Search
Close this search box.

Proton Akhirnya Tunjuk SUV Serba Canggih Proton X90, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Setelah sekian lama berteka teki, Proton Holdings Bhd (PROTON) secara rasmi mengumumkan nama kenderaan utiliti sukan (SUV) ketiganya sebagai X90.

Pengenalan nama SUV pemasangan tempatan (CKD) ketiga Proton di Tanjung Malim itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PROTON, Dr Li Chunrong dalam satu sesi pratonton bersama media semalam.

Empat varian ditawarkan, iaitu tiga varian enam tempat duduk dan satu varian tujuh tempat duduk (varian standard hingga premium). Enam warna juga ditawarkan untuk model X90 ini termasuk warna baru, marine blue.

Dari aspek trenkuasa, Proton X90 menggunakan enjin 1.5L TGDi dengan sinergi 48V (bateri lithium ion) Sistem Motor Elektrik (EMS) iaitu teknologi mild-hybrid.

Lebih menarik, PROTON turut mengambil beberapa pendekatan bagi memberi kelainan kepada X90 bahagian depan termasuk gril, fabrik, kulit, nama PROTON dihasilkan di Malaysia, sekali gus memberikan perbezaan dengan produk asal Geely, iaitu Haoyue.

Harga jualan Proton X90 bagaimanapun bakal diumumkan kelak.

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories