Search
Close this search box.

Pizza Edisi Istimewa Daripada Pizza Hut Tampilkan Snek Mamee Monster

PIZZA Hut telah melancarkan piza serba baharu, Spicy Krunch menerusi kerjasama dengan salah satu snek paling ikonik di Malaysia, Mamee Monster.

Tidak seperti hidangan piza lain, Spicy Krunch mencetuskan citarasa yang luar biasa dan nostalgia manis untuk satu-satunya pengalaman buat para penggemar piza.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, kerjasama antara dua jenama hebat iaitu Mamee Monster dan Pizza Hut mungkin kelihatan seperti sesuatu yang tidak dijangka tetapi kami merasakan piza gabungan luar biasa ini akan menjadi juadah tumpuan ramai tanpa mengira usia khususnya sewaktu berbuka puasa dan ketika sambutan Hari Raya.

Jangan terlepas tawaran Ramadan dan pesan sebelum jam 4.30 petang antara 22 Mac hingga 21 April 2023 untuk menikmati diskaun RM7.

Selain itu, bermula 27 Mac hingga 13 April 2023, hantar potret keluarga terpanjang anda dan berpeluang memenangi Kotak Pesta Raya Looooooooong kenduri oleh Pizza Hut.

Pesan sekarang melalui aplikasi Pizza Hut atau pergi ke restoran berdekatan untuk makan di restoran atau bawa pulang.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories