Search
Close this search box.

Perodua Axia 2023 Dilancarkan, Harga Bermula RM38,600

Perodua hari ini secara rasmi telah melancarkan model kompak hatchback segmen A, Axia 2023 D74A generasi kedua di Malaysia.

Model terbaru ini mempunyai 4 varian iaitu G, X, SE dan AV, bermula RM38,600 hingga RM49,500.

Lima warna ditawarkan untuk Axia 2023 antaraya Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver, Ivory White (solid) dan warna baru Coral Blue. Perodua juga turut memperkenalkan barisan aksesori asli Gear Up untuk model Axia.

Antara aksesori Gear Up yang ditawarkan buat pada ini ialah karpet kaki jenis coil, kemasan bendul sisi dengan kemasan gentian karbon, lampu untuk bahagian ruang kaki, dan juga tray untuk ruang but belakang. Harga aksesori Gear Up akan diumumkan kemudian.

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories