Search
Close this search box.

Perodua Axia 2023 Bakal Dilancarkan Februari Ini?

Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) dilaporkan bakal melancarkan model terbaharu pertama untuk tahun ini iaitu Perodua Axia 2023 dengan kod (D74A) tidak lama lagi.

Difahamkan model tersebut bukan lagi model facelift, namun model serba baharu yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Beberapa portal automotif tempatan melaporkan Perodua Axia terbaharu ini akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV.

Sementara itu, lima pilihan warna akan ditawarkan iaitu Ivory White (Putih) – solid, manakala selebihnya warna metalik, Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu warna baharu, Coral Blue (Biru).

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories