Search
Close this search box.

Penerbangan Kuala Lumpur -Jakarta Kini Lebih Premium Dengan TransNusa Bermula 14 April

Syarikat penerbangan dari Indonesia, TransNusa bakal melebarkan sayap ke Malaysia dengan dua penerbangan harian bermula 14 April ini.

Syarikat penerbangan komersial antarabangsa baharu itu menawarkan penerbangan premium dengan set produknya yang tersendiri, sekali gus membezakannya berbanding syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan tambang rendah yang beroperasi di Malaysia dan Asia Tenggara.

TransNusa yang menyasarkan menjadi syarikat penerbangan premium terkemuka Asia Tenggara menggunakan pesawat Airbus, A320 untuk penerbangan antarabangsa sulungnya itu dengan konfigerasi 168 hingga 174 tempat duduk, sekali gus menyediakan ruang kaki premium antara 30 inci hingga 31 inci, sama seperti ditawarkan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh.

Selain itu, penumpang TransNusa juga berpeluang menikmati elaun bagasi percuma antara 15 kilogram (kg) hingga 30 kg, perubahan penerbangan tanpa had dan hidangan makanan bergantung jenis produk yang dilanggan sebelum penerbangan.

Walaupun semua perkhidmatan yang disediakan berkelas premium, TransNusa berjaya memastikan harga tiket penerbangannya sangat kompetitif dalam pasaran.

TransNusa kini mempunyai dua pangkalan di Indonesia iaitu di Bali dan Jakarta dan dalam perancangan untuk menambah dua pesawat tambahan lagi bagi meningkatkan kecekapan operasi.

Selain laluan Jakarta – Kuala Lumpur -Jakarta yang baru diumumkan, TransNusa juga beroperasi setiap hari dengan 10 penerbangan antara Jakarta dan Bali serta tiga kali sehari dari Jakarta ke Jogjakarta.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga tiket penerbangan dan perkhidmatan yang ditawarkan TransNusa, layari www.transnusa.co.id.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories