Paling Menyesal Dalam Hidup Aku Kahwin Dengan Kau – Puteri Sarah Akui Penat, Minta Dilepaskan

jumlah mutaah yang tinggi dan kes saman terhadap Ira Kazar dikatakan menjadi penghalang kepada proses perceraian Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof yang sepatutnya berlangsung pada 18 April.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga tidak bersetuju apabila pengarah filem ‘Mat Kilau’ itu meminta nafkah dua anak mereka dikurangkan sebanyak 30 peratus.

Terbaru, selepas berbalas kenyataan menerusi akaun Instagram peribadi masing-masing, Puteri Sarah mengakui sudah penat dengan segala ‘drama’ yang melanda rumah tangganya.

Kau tak nak bagi nafkah aku, suka hati kau. Kau nak menang. Kau menanglah, aku kalah.

Jelas Puteri Sarah, dia kini hanya mahu keluar dari segala kemelut dan hidup bahagia bersama anak-anak sahaja. Penyesalan paling besar dalam hidupnya ialah berkahwin dengan Syamsul Yusof namun bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang baik.

Paling aku menyesal dalam hidup kahwin dengan kau.

Di akhir posting itu, Puteri Sarah sekali lagi meminta Syamsul Yusof melepaskan dirinya.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories