Search
Close this search box.

Nurul Shuhada Hamil 10 Minggu, Alami Tekanan

Isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, mendedahkan dia kini hamil dan kandungannya sudah memasuki 10 minggu.

Nurul Shuhada yang telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada Februari mengakui perlu kuat bagi menghadapi semua dugaan ini.

Tadi (semalam) di hospital saya jatuh pengsan. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir.

Ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengakui kini berada dalam keadaan tertekan.

Saya dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapi sekarang. Saya kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk anak dalam kandungan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nurul Shuhada memberitahu dia tidak boleh mengambil ubat hospital bagi menangani tekanan yang dialami kerana halangan terbesar ketika ini adalah kandungan masih awal.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories