Search
Close this search box.

Nak Menang Kereta Mewah, Pakej Percutian & Banyak Lagi? Jom Sertai Kempen Terbaru AmBank Ini!

Memasuki tahun ketiga, AmBank Islamic sekali lagi menawarkan hadiah lumayan bernilai lebih RM2.7 juta menerusi kempen ‘Am Up Your Chances’ yang bermula 1 April 2023 lalu dan akan berakhir pada 31 March 2024.

Sepanjang kempen tersebut, pendeposit Akaun Simpanan-i AmWafeeq berpeluang memenangi 4 buah kereta Mercedes Benz (4 pemenang), dan Pakej Percutian bernilai RM20,000 (3 pemenang).

Bukan itu sahaja, pendeposit bertuah juga berpeluang memenangi Baucer Pakej Umrah bernilai RM10,000 (5 pemenang), Baucar Valiram bernilai RM20,000 (8 pemenang), iPhone14 Plus (20 pemenang), Jongkong Emas 10gm bernilai RM3,250 (20 pemenang) dan Wang Tunai!

LEBIH CABUTAN, LEBIH BANYAK HADIAH!

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membuka Akaun Simpanan-i AmWafeeq bagi melayakkan diri menyertai kempen yang dibahagikan kepada beberapa kategori utama antaranya Cabutan Hadiah Utama, Cabutan Pelanggan Simpanan Pakej Umrah, Cabutan Pelanggan Baru Prioriti, Cabutan Pelanggan Baru Digital, Cabutan Pelanggan Baru AmWafeeq, Cabutan Suku Tahun dan Cabutan Bulanan.

Cabutan Pelanggan Baru Prioriti adalah merujuk kepada pelanggan yang mendaftar sebagai AmBank SIGNATURE Priority Banking, manakala Cabutan Pelanggan Baru AmWafeeq & Cabutan Pelanggan Baru Digital pula merujuk kepada pelanggan yang membuka Akaun Simpanan-i AmWafeeq secara online menerusi layaran digital AmOnline.

BUKA AKAUN SECARA ONLINE

Pelanggan AmBank yang ingin membuka Akaun Simpanan-i AmWafeeq, anda boleh lakukan dengan memuat turun aplikasi AmOnline atau hadir ke mana-mana cawangan AmBank/AmBank Islamic yang berdekatan.

Berikut merupakan cara-cara mendaftar menggunakan aplikasi AmOnline:

1. Muat turun aplikasi AmOnline di Google Play Store, Huawei AppGallery atau App Store.
2. Pilih Akaun Simpanan-i AmWafeeq dan masukkan maklumat peribadi anda.
3. Tangkap gambar swafoto dan imbas MyKad anda untuk pengesahan.
4. Masukkan maklumat pekerjaan anda.
5. Anda dikehendaki untuk membuat pemindahan wang minimum RM20 menerusi FPX ke dalam akaun AmBank baharu anda
6. Tetapkan nama pengguna (ID) dan kata laluan AmOnline anda.

Tunggu apa lagi, jom buka Akaun Simpanan-i AmWafeeq sekarang untuk menikmati kemudahan perbankan tanpa sempadan AmBank. Siapa sangka mungkin anda merupakan penerima hadiah lumayan bernilai lebih RM2.7 juta yang ditawarkan AmBank!

Untuk info lebih lanjut, jangan lupa layari laman web AmBank, Facebook, Instagram dan Twitter.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories