Search
Close this search box.

Mental Saya Dah Cukup Koyak – Zulin Aziz Umum Berpisah Dengan Suami

Hantaran dikongsi pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, di Instagram (IG), pagi tadi, menimbulkan tanda tanya peminat.

Melalui perkongsian itu, Zulin memberi bayangan seakan telah berpisah dengan suami, Farhan Norzaini.

Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman.

Zulin juga dikatakan sudah memadam semua foto bersama Farhan dalam akaun media sosial berkenaan. Sementara itu menerusi perkongsian di Instagram Story, Zulin menafikan ianya ‘prank’ atau ‘content’ semata mata.

Hal macam ni orang gila je buat gurauan. Please stop!

Dalam perkongsian itu juga Zulin meminta orang ramai supaya mendoakan dirinya agar terus kuat menghadapi ujian yang sedang dilalui ini.

Mental saya dah cukup koyak. Saya mohon doa, hanya doa.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories