Search
Close this search box.

Maybank Lancar Kempen Simpanan Sambil Menderma

Maybank dan Maybank Islamic melancarkan kempen You Save & Pledge, We Donate #ForYou, kempen simpanan unik pertama seumpamanya menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah wang tunai serta menderma kepada organisasi kebajikan.

Kempen daripada penyumberan kolektif ini bertujuan menggalakkan orang ramai menyimpan dan mengembangkan dana mereka pada masa sama memberi impak positif kepada masyarakat dengan mengikrarkan sokongan untuk membuat sumbangan kepada organisasi terpilih di bawah MaybankHeart.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, pihaknya ingin mengambil peluang untuk menyumbang secara bermakna kepada masyarakat.

“Dalam hal ini, setiap sumbangan adalah penting, sama ada banyak atau sedikit, di mana orang ramai boleh secara kolektif mengikrarkan komitmen mereka terhadap kempen dan membantu membuka lebih banyak sumbangan untuk inisiatif Pemerkasaan Komuniti dan Pendidikan yang dikenal pasti oleh MaybankHeart.

“Ini juga sebahagian daripada inisiatif Maybank bagi melakukan kebaikan kepada masyarakat dengan menggalakkan orang ramai menyertai kami untuk menderma kepada badan amal pilihan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Kempen ini bermula dari 1 Mac lalu hingga 31 Julai depan di mana pelanggan boleh turut serta dan mendaftar di Maybank2u.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories