Search
Close this search box.

Masakan Banyak Minyak, Khairul Aming Jawab Teguran Doktor

Selebriti masakan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman tampil menjawab teguran seorang pakar perubatan terkenal terhadap masakannya yang dikatakan tidak sihat disebabkan penggunaan minyak yang terlau banyak.

Menerusi penjelasan itu, Khairul Amin menganggap kuantiti bahan asas yang ditunjukkan sebenarnya sama sahaja seperti di kedai makan di luar sana.

Kalau kalian tidak biasa masak, terus pergi beli di kedai makan, kalian tidak rasa bersalah sangat. Tetapi apabila saya tunjuk video masak, orang komen banyak minyak, (sedangkan) sebenarnya sama sahaja macam di kedai makan.Cuma kita tidak sedar sebab kita tak pernah masak benda (masakan) tersebut.

Jelas Khairul Amin lagi, orang ramai boleh mengubah bahan atau menukar bahan lain namun ianya pasti mempengaruhi rasa asal resepi tersebut.

Kalau anda nak ubah resipi, atau nak tukar bahan lain, boleh tak ada masalah. Boleh buat ikut selera masing-masing, tetapi yang penting apabila dah makan nanti, sentiasa kawal kuantiti makanan

Bagaimanapun beliau mengakui dirinya tidak boleh memuaskan hati semua pihak, jadi terpulang kepada individu untuk mengubahnya menjadi menu yang lebih sihat.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories