Search
Close this search box.

Manchester United Teruk Kena Bantai 7-0 Dengan Liverpool

Pasukan bola sepak, Manchester United menanggung kekalahan paling memalukan di Liga Perdana Inggeris musim ini apabila teruk dibelasah Liverpool 7-0.

Skuad kendalian Eric Ten Hag yang bertandang ke Anfields setelah mengharungi beberapa perlawanan tanpa rehat itu dilihat goyah seawal babak pertama lagi apabila kerap melakukan kesilapan mudah terutamanya di bahagian pertahanan yang diketuai Rafael Varane.

Pemain baharu, Cody Gakpo memanfaatkan hantaran rakan sepasukan Andrew Robertson pada penghujung babak pertama untuk menjaringkan gol pendahuluan buat skuad The Reds.

Memasuki separuh masa kedua, Liverpool terus mengasak pasukan pelawat dan berjaya menambah enam lagi gol menerusi Darwin Nunez, Mo Salah dan Cody Gakpo yang masing-masing menjaringkan dua gol.

Firmino kemudian masuk sebagai pemain gantian sebelum menjaringkan gol ketujuh.

Kemenangan tersebut menyaksikan Liverpool naik ke tangga kelima liga. Sementara itu Manchester United kekal di tempat ketiga. Terdahulu, Manchester United menjulang Piala Carabao pada minggu lalu selepas menewaskan Newcastle United.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories