Search
Close this search box.

Majlis Kahwin Shuib, Watie Dapat Tajaan RM1 Juta

Majlis pernikahan pelakon, pelawak dan penyampai radio, Shuib pada dijadualkan berlangsung pada 23 Jun ini menerima penajaan mencecah lebih RM1 juta.

Penajaan membabitkan penganjuran tiga majlis iaitu majlis khatam al-Quran, malam berinai dan akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah busana dan barangan kemas.

Bagaimanapun Shuib memaklumkan perkahwinan bersama Watie Hanifiah bakal berlangsung secara sederhana tanpa majlis resepsi. Keputusan itu dibuat atas persetujuan keluarga kedua-dua pihak termasuk pasangannya.

“Hanya ada majlis khatam al-Quran, berinai dan majlis akad nikah pada 23 Jun ini. Tiada majlis resepsi diadakan kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah.

“Majlis kami sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah ada pelamin. Jadi, dapatlah kami bergambar bersama keluarga.”

Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di Putra Glass House, Putra Height dan terhad kepada 600 tetamu undangan sahaja.

Sumber: Berita Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories