Search
Close this search box.

Cara Undi Bell Ngasri Sebagai Artis Komedi Popular Di ABPBH Ke-35

Pelawak, Bell Ngasri menzahirkan rasa teruja apabila pencalonannya di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 di dalam kategori Artis Komedi Popular meraih perhatian peminat.

“Saya tidak sangka dapat sokongan sebegini rupa. Dari negeri yang bukan tempat asal saya pun ada… Kawan-kawan artis yang lebih hebat dan popular pun ada, persatuan itu, persatuan ini dan macam-macam.

“Terima kasih sangat-sangat. Top 5 ini pun saya dah bersyukur sangat.”

Sejak diumumkan antara calon akhir bagi kategori tersebut, peminat Bell Ngasri yang sinonim dengan watak ‘Barkoba’ tidak putus-putus menunjukkan sokongan dengan mengundi dan berkongsi paparan undian mereka di media sosial. Bukan itu sahaja, ada pempengaruh popular yang turut serta mengajak pengikut untuk mengundi Bell Ngasri.

ABPBH menetapkan maksimum 20 undian percuma boleh dilakukan dalam masa 10 minit. Berikut cara-cara untuk mengundi Bell Ngasri.

1. Layari laman web rasmi www.abpbh.com.my  dan Klik undi sekarang

2. Masukkan maklumat peribadi anda

3. Pilih undian secara percuma

4. Pilih kategori pilihan anda – Artis Komedi Popular

5. Undi Bell Ngasri. Undian maksimum sebanyak 20 kali.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories