Kerajaan Sumbang E-Tunai RM100 Melibatkan 10 Juta Rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; hari ini bersetuju untuk memberi e-Tunai berjumlah RM 100 kepada 10 Juta rakyat yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.

Inisiatif ini membabitkan peruntukan RM1 billion dengan melibatkan rakyat dewasa yang berusia 21 tahun dan ke atas dari golongan B40 dan M40.

Dalam pada itu, Perdana Mneteri juga mengumumkan bantuan khas kepada Penjawat Awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak sebagai penghargaan mereka dalam perkhidmatan.

Bantuan ini juga akan diberikan kepada pesara kerajaan dengan jumlah RM 200 merangkumi pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Kenyataan ini diumumkan ketika beliau berucap di Majlis Pelancaran ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini, hari ini.

Sumber Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories