Search
Close this search box.

Kenderaan Persendirian Tak Perlu Tampal ‘Road Tax’ Lagi

Pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam satu sidang media memaklumkan bahawa warganegara Malaysia boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar MyJPJ yang dilaksanakan di bawah satu projek perintis secara dalaman.

Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa pertama membabitkan kenderaan persendirian individu, termasuk motosikal (warganegara), mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum kiasan pelaksanaannya ke fasa seterusnya

Selaras pengumuman pagi ini, peruntukan bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mengkehendaki setiap LKM dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan tidak lagi dikuatkuasakan bagi kategori pemilik bawah fasa pertama itu.

Sumber: Berita Harian

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories