Search
Close this search box.

JPJ Minta Bantuan Polis Cari Suami Fatin Afeefa

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meminta bantuan polis bagi mengesan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai bagi membantu siasatan.

Sehingga kini, Opai belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas menggunakan nombor pendaftaran ‘QPA1’ yang bukan didaftarkan di atas kereta McLaren miliknya.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata pihaknya sudah menyerahkan notis panggilan temu siasat terhadap suami pelakon itu. Menurutnya, namun selepas tempoh 14 hari diberikan, lelaki terbabit masih belum hadir ke pejabat JPJ.

Beliau berkata lelaki terbabit masih berada di Kuala Lumpur dan dianggap seperti mencabar JPJ kerana tidak datang untuk dirakam percakapan.

Mengikut laporan, lelaki terbabit sebelum ini telah memuat naik satu klip video menafikan dakwaan dia dipanggil pihak berkuasa dan panggilan itu pula kononnya berhubung video awal yang mendakwa dia menghina kenderaan bukan ‘supercar’ pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

Sumber: BuletinTV3

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories