Search
Close this search box.

Honda WR-V Masuk Malaysia Tahun Ini, Bakal Bersaing Dengan Perodua Ativa

Honda Malaysia merancang untuk melancarkan empat model baharu tahun ini yang termasuk tiga model serba baharu serta satu model yang diberikan wajah baharu.

Satu daripada model yang bakal diperkenalkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil pertama Honda yang dirancang dilancarkan pada suku ketiga 2023, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum.

SUV kecil itu, yang dilengkapi dengan pakej reka bentuk dinamik, teknologi canggih, penggunaan praktikal yang lebih selesa, disasarkan kepada golongan profesional muda dan keluarga yang gemar melakukan aktiviti luar serta mengembara menaiki kereta

Bagi mengukuhkan lagi identiti teras dan kehadiran jenama dalam industri, kami menumpu untuk memanfaatkan tiga tonggak utama bagi model kami, iaitu, teknologi canggih, penawaran premium dan daya tarikan sporty (bergaya). Selepas dilancarkan kelak, Honda Malaysia akan menjadi pengeluar kereta Jepun pertama memasuki segmen SUV kecil.

Dari segi harga pula WR-V ini mungkin akan dijual pada harga lebih tinggi berbanding bakal pesaingnya, Perodua Ativa walaupun dengan kelengkapan setara antara kedua-duanya. Di Indonesia, Honda WR-V dijual pada harga Rp.271.9 juta (RM82k) untuk varian E, diikuti varian RS pada harga Rp.289.9 juta (RM88k), dan varian tetinggi RS dengan Sensing berharga Rp.309.9 juta (RM94k).

Sumber: Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories