Hafidz Roshdi Sah Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu

Selepas mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada selama 7 tahun, pelakon Hafidz Roshdi menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga.

Terdahulu desas desus tersebar di laman sosial apabila isterinya mendedahkan bahawa pelakon tersebut mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Nurul Shuhada akan menfailkan penceraian pada 1 Mac ini yang juga merupakan tarikh kelahiran Nurul Shuhada.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah,6 dan Umar, 2 sepanjang perkahwinan mereka sejak 30 April 2016.

Sumber Berita Harian

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories