Search
Close this search box.

Grab Ajak Orang Ramai Jadi Rakan Pemandu, Sedia Hadiah Menarik Sehingga RM20,000

Grab Malaysia mengumumkan rancangan untuk meningkatkan usaha membantu rakan pemandu memperoleh pendapatan tambahan sepanjang bulan Ramadan dan musim Raya ini. Baru-baru ini Grab telah melancarkan kempen ‘Raya Lagi Mantap Bersama Grab’ yang menawarkan rakan pemandu peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan dan penjimatan sehingga RM2,000. Hadiah-hadiah bernilai sehingga RM20,000 turut disediakan untuk dimenangi.

Kempen ini berlangsung mulai 22 Mac hingga 30 April 2023, adalah sebahagian daripada usaha berterusan Grab untuk membawa masuk lebih ramai lagi rakan pemandu, memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakan pemandu yang sedia ada dan menjadikan pengangkutan mudah diakses oleh semua penumpang. Dengan ini, Grab berhasrat untuk terus menyediakan lebih banyak peluang untuk memperoleh hasil dan jaringan keselamatan pendapatan bagi mereka yang menyertai platform ini. Kempen ini merupakan salah satu daripada tawaran yang disediakan untuk rakyat Malaysia mengakses pendapatan yang adil, mampan dan produktif.

Untuk menyertai pelbagai inisiatif dalam kempen ini, rakan pemandu hanya perlu meneruskan pemanduan mereka melalui platform Grab dan memenuhi syarat yang tertentu. Rakan pemandu yang sedia ada dan baharu yang telah mengesyorkan pendaftaran ke platform juga akan berpeluang memperoleh pendapatan tambahan dan baucar minyak.

Rakan pemandu yang layak mendapat baucar pendahuluan dan pembiayaan fleksibel oleh Grab boleh memenangi Duit Raya (dalam bentuk pulangan tunai) bernilai RM125. Mereka juga berpeluang untuk menyertai dan menang dalam kempen Hari Raya Home Makeover yang bernilai sehingga RM20,000.

Menerusi usaha ini, Grab komited untuk menyokong rakan pemandunya dan memberi mereka peluang untuk mendapat dan menjimatkan lebih banyak wang semasa bulan Ramadan dan musim Raya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.grab.com/my/driver/raya-lagi-mantap-bersama-grab/

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories