Search
Close this search box.

Fuad Rahman Dan Tom Sah Nikah Di Batam, Indonesia

Bekas peserta Gegar Vaganza 9, Fuad Rahman dan Tom dikhabarkan telah melangsungkan pernikahan mereka hari ini di Batam, Indonesia.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh pengurus Tom, Alan Ahmad yang mendedahkan mereka bernikah di negara jiran bagi memudahkan segala urusan perkahwinan dan hanya dihadiri keluarga rapat.

Berdebar ni. Nikah hanya ada keluarga dulu. Nanti lepas raya, sanding saya jemput. Semoga urusan kami dipermudahkan hari ini. – ujar Tom

Terdahulu, Fuad dan Tom pernah menjalinkan hubungan cinta namun ikatan itu terputus dipertengahan jalan selepas Fuad dijatuhkan hukuman penjara selepas disabit kesalahan mengenai penyalahgunaan dadah.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories