Search
Close this search box.

Didi & Friends The Movie Raih Kutipan RM3 Juta, Penonton Puas Hati ‘Plot Twist’

Filem animasi kanak-kanak Didi & Friends The Movie berjaya meraih kutipan RM3 juta selepas mula ditayangkan pada minggu lepas di seluruh pawagam.

Berita gembira itu dikongsi menerusi akaun Facebook Didi & Friends pada Isnin.

Filem selama 104 minit itu bukan sahaja dipenuhi dengan lagu-lagu menarik, malah ia turut menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak-watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo.

Lebih menarik lagi, filem terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian itu juga memperkenalkan watak-watak baru seperti Torra, Nek Kura, Kapten Zee dan Tok Chip.

Antara selebriti terkenal yang menyumbang suara mereka dalam filem animasi itu termasuk Awie sebagai Tok Chip, Amelia Henderson sebagai Kapten Zee, Ruminah Sidek sebagai Nek Kura dan Waris sebagai Torra.

Didi & Friends The Movie bermula selepas keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraan beliau dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan-rakan lain.

Pak Atan dan Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit.

Didi berdegil dan akhirnya membuat keputusan untuk ke Dunia Muzika sendiri. Meskipun Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi, mereka tetap turut serta.

Yang pasti, pelbagai cabaran menanti mereka di Dunia Muzika! Namun, ‘plot twist’ di akhir filem ini berjaya membuatkan ramai teruja. Saksikan Didi & Friends The Movie di pawagam sekarang!

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories