Search
Close this search box.

Didakwa Tumbuk Isteri, Apa Dah Jadi Hafidz Roshdi?

Salah seorang ahli keluarga Nurul Shuhada iaitu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi mengesahkan wanita itu ditumbuk sebanyak tiga kali di muka hingga mengalami kecederaan.

Menerusi laporan Kosmo, pergelutan berlaku antara mereka di dalam sebuah kereta berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh.

Shuhada ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka dan ahli keluarga lain terus membawanya ke balai polis untuk buat laporan serta ke hospital mendapatkan rawatan lanjut.

Tambahnya lagi, keadaan Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri setakat ini masih baik dan dibenarkan pulang untuk berehat di rumah.

Pihak polis dalam satu kenyataan mengesahkan menerima sebuah laporan polis mengenai pelakon lelaki yang didakwa menumbuk isterinya sekitar pukul 6.30 pagi Khamis.

Sumber: Kosmo Online

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories