Search
Close this search box.

Dapat Restu Ibu, Shuib Rancang Nak Kahwin Watie

Mengambil pendekatan berdiam diri selama ini apabila dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama ahli perniagaan, Watie Hanifiah, Shuib akhirnya tampil buka mulut.

Jelas Shuib, percintaannya dengan Watie telah mendapat restu daripada ibunya, Salamiah Jalani.

“Penilaian pada dia (Watie) berlaku daripada emak saya sendiri. Emak saya yang menilai dia. Jadi bila emak menilai yang baik-baik mengenai dia, saya pun tahulah kerana saya berkawan dengan dia.”

“Dah tentulah saya kuat mengatakan dia okey dan sebagainya. Kalau ikutkan emak saya, macam cepat sangat nak tengok kami kahwin. Saya yang minta dia bersabar.”

Menerusi laporan Harian Metro, Shuib mengakui sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga dan memilih tarikh yang sesuai.

“Anak-anak saya panggil dia sebagai aunty dan hubungan mereka sangat okey. Anak saya Talita sayangkan aunty. Dia hairan kenapa orang tak suka aunty padahal aunty baik.”

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories